Saturday, 5 January 2013

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Masa
CUE
ANN 1

7.45 am

Ketibaan tetamu

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Sambutan Hari Koperasi bagi Tahun 2012.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta  mengambil tempat.




Masa
CUE
ANN 2

8.00 am

Ketibaan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak Shaik

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak Shaik AJK Angkasa Negeri Perak dengan diiringi :

Yang Berusaha En. Ahmad Teredi B. Shahuddin Pengetua Cemerlang Smk Seri Perkasa, merangkap pengerusi koperasi Smk Seri Perkasa.
dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.


Masa
CUE
ANN 3

8.10 am

Lagu Negara ku dimainkan

YB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput duduk

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku,Lagu sekolah dan Lagu Angkasa. Para hadirin diminta berdiri.

Mohon Yang Berbahagia serta hadirin sekalian mengambil tempat.















Masa
CUE
ANN 4

8.15 am

Setelah semua hadirin berada di tempat duduk


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berbahgia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak Shaik
AJK Angkasa Negeri Perak.

Yang Berusaha En Ahmad Teridi B. Shahuddin
Pengetua cemerlang Smk Seri Perkasa. Merangkap Pengerusi Koperasi SMK Seri Perkasa.

Yang Berusaha Tuan Hj Abdul Rahim B. Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha En. Hidir B. Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha En. Hamli B. Hasan.
Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru Kanan Bidang,
Para guru serta pelajar yang dikasihi sekalian














Masa
CUE
ANN 6

8.20 am

Bacaan doa




Selepas bacaan doa

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan ................................................................................................ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.






Masa
CUE
ANN 5

8.25 am
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis :

Setelah semua para tetamu jemputan dan hadirin duduk

Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagung
Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang  Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak Shaik AJK Angkasasa Perak ke Program Sambutan Hari Koperasi peringkat SMK Seri Perkasa bagi tahun 2012 kami juga mengucapkan selamat datang kepada semua guru serta para pelajar  ke program yang diadakan pada pagi ini.

Masa
CUE
ANN 7

8.30 am

Ucapan alu-aluan
Tuan Pengetua dan ucapan perutusan sempena Hari Koperasi bagi tahun 2012.
Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini,
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En. Ahmad Teridi B. Shahuddin  Pengetua Cemerlang Smk Seri Perkasa dan seterusnya menyampaikan ucapan perutusan Hari Koperasi bagi Tahun 2012.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Masa
CUE
ANN 8

8.30 tgh
Setelah selesai ucapan Pengetua




Demikianlah tadi ucapan dan bacaan perutusan Hari Koperasi .
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.





Masa
CUE
ANN 9

8.35 am

Ucapan Yang Berbahagia.









Setelah selesai ucapan YB













Penyampaian hadiah pertandingan mewarna.



Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul
Razak Shaik
AJK Angkasa Negeri Perak dan seterusnya merasmikan Program Sambutan Hari Koperasi Smk Seri Perkasa  bagi Tahun 2012. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


pihak majlis menjemput yang berbahagia Prof. Madya.Dr. Haji Rahman diiringi Tuan Pengetua ke................................ untuk menyempurnakan acara penanaman pokok sebagai tanda merasmikan Hari Koperasi SMK Seri Perkasa bagi tahun 2012.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman  atas ucapan dan kesudian merasmikan Program Sambutan Hari Koperasi peringkat SMK Seri Perkasa bagi tahun 2012 sebentar tadi.



Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Unggul dan Anugerah Khas Koperasi SMK Seri Perkasa .

Justeru, Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman  dengan diiringi Yang Berusaha Tuan Pengetua En. Ahmad Teridi B. Shahuddin.
Dipersilakan....

Dengan ini majlis menjemput
..........................................................untuk menerima Anugerah Koperator Unggul.

Seterusnya,
.......................................................... untuk menerima Anugerah Khas Koperasi.



Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia untuk membuat .....cabutan bertuah sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.



Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Haji Rahman kerana sudi menyampaikan anugerah dan hadiah.




5 comments:

  1. TKASIH KERANA MEMUDAHKAN KERJA SAYA. SKRIP YANG BAIK UNTUK PANDUAN

    ReplyDelete
  2. Mohon izin gunakan teks ini..terima kasih atas skrip ini.smg Allah memberkati.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi kongsi skrip ini. sangat membantu saya.

    ReplyDelete